Carilah Apa Sahaja Bawa Tuhan Bersama


Carilah pangkat bukanlah satu kesalahan

Tapi biarlah kerana Tuhan dan untuk Tuhan

Mencari pangkat kerana Tuhan kepentingannya untuk insan

Dari sini boleh timbulkan kasih sayang

Carilah kekayaan supaya dapat diagih-agihkan sesama insan

Tidak semua insan mendapat kekayaan

Yang tidak dapat dibela oleh orang-orang kaya

Di sini boleh menjalinkan kasih sayang sesama yang tidak punya

Carilah ilmu ia adalah satu kewajipan

Carilah ilmu atas nama Tuhan, untuk Tuhan

Faedahnya nanti dapat di manfaatkan sesama insan

Ia juga boleh melahirkan kasih sayang

Tidak salah jadi pemimpin, ia diperlukan

Untuk membela rakyat semua lapisan

Tidak ada pemimpin rakyat tidak ada pembelanya

Terdedahlah rakyat kepada kesusahan, orang jahat ambil kesempatan .

Carilah apa sahaja, buatlah apa sahaja

Asalkan di halalkan oleh Tuhan dan undang-undang

Setiap apa sahaja dibuat, kalau kerana Tuhan

Semua golongan akan jadi selamat dan menyelamatkan

Kalau buat apa sahaja bukan kerana Tuhan

Masing-masing nanti akan mengambil kesempatan

Mengambil kesempatan berlaku kemarahan Tuhan

Di sini juga akan berlaku perpecahan dan permusuhan

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi